Lelaki. Oh, lelaki.
Sering berkata, perempuan sukar diramal, sukar difahami. Selalu menuduh, perempuan tidak boleh dipercayai.
Tetapi selain kromoson dalam badan dan alat sulit, jauh berbeda kah kaum Adam dan kaum Hawa? Bukankah keduanya hanyalah manusia? Makhluk ciptaan Tuhan yang penuh dengan ketidaksempurnaan?
Begitu cepat sungguh lelaki melabelkan perempuan sebagai betina. Menghina mereka sedemikian rupa.
Soalan yang ku ingin ajukan. Begitu tinggi kah darjat mu itu, sehingga mengata orang sedemikian rupa? Begitu mulia kah sikap mu itu, menghukum tanpa usul periksa?
Lelaki, perempuan, sama saja. Punya otak untuk berfikir. Punya mata untuk melihat. Punya mulut untuk bercakap. Punya telinga untuk mendengar. Punya hati untuk bercinta. Cuma terpulang kepada dajal insan masing-masing untuk menggunakan semua kurniaan itu.
Kau pun apa bezanya?
Matamu tertarik dengan paras rupa perempuan itu. Maka otakmu menyuruh untuk bertemankannya. Hatimu tertarik dengan perwatakannya. Maka otakmu mula menyusun cerita. Mulutmu pantas menyebut bibit-bibit manis.Cerita demi cerita diberi. Benar atau dusta, otakmu tidak peduli. Asalkan telinganya mendengar, hatinya suka.
Namun, pabila dugaan mula tiba, dirimu lari begitu saja. Membawa cinta itu pergi, memecahkan hati yang dicuri. Dirimu hilang begitu saja, ruang penjelasan tidak diberi.
Kebenaran bagimu adalah kebenaran yang matamu lihat, telingamu dengar, hatimu rasa. Tidak kisah samada kebenaran itu lengkap, mahupun dibuat. Asalkan ianya datang dari dirimu sendiri.
Di manakah otakmu ketika semua ini terjadi? Tuluskah hatimu mencintai, sekiranya sanggup berbuat semua ini?
Ini bukan satu luahan, bukan satu cacian, cuma realiti kehidupan.
Lelaki, perempuan. Sama sahaja.

No comments:
Post a Comment